fbpx

Kakitangan Farmasi bayar ubat pelanggan cetus rasa sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan mengenai seorang kakitangan farmasi yang membantu seorang wanita untuk membayar kos perubatan seorang wanita di laman Twitter.

PETALING JAYA – Tindakan seorang petugas kaunter farmasi sanggup membayar harga ubat untuk seorang ibu yang kesempitan wang mengundang rasa terharu dalam kalangan netizen baru-baru ini.

Pemilik akaun Twitter @anne_nma berkata, wanita itu pada mulanya menunjukkan kad bantuan untuk mendapatkan kemudahan rawatan percuma, namun klinik tersebut tidak termasuk dalam menawarkan program tersebut.

“Muka kakak itu terus berubah apabila kad yang ditunjukkan tidak diterima di klinik itu. Pada mulanya dia mahu balik tanpa mengambil ubat yang disediakan untuk anaknya, namun kakitangan farmasi itu melarangnya pergi dan membantu bayar kos rawatan tersebut.

“Kakak itu rasa bersalah dan tidak berhenti mengucapkan terima kasih kerana sudi membantunya yang tidak mampu untuk membayar kos perubatan tersebut,” ciapnya.

Rata-rata pengguna laman Twitter terharu dan tidak putus mendoakan kesejahteraan kakitangan farmasi dan keluarga wanita itu yang ditimpa kesusahan.

“Alhamdulillah, Allah hantar pertolongan bagi mereka yang dalam kesusahan cuma terus yakin dan sentiasa bersangka baik dalam kita menghadapi musibah. Semoga hati kita semua Allah dorongkan dalam melakukan amal kebaikan,” kata @HaniMeiLin1.

“Satu persatu saya baca, ingatkan cerita seram. Rupanya buat mata masuk habuk. Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi ganjaran yang hebat untuk kakitangan farmasi itu dan pada semua yang sedang berusaha untuk teruskan kehidupan ketika ini,” jelas @cQuettystArwAy di laman Twitter. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI