fbpx

Ivan Gunawan bocor rahsia, Rossa selalu ‘taja’ Afgan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARI kiri, Ivan Gunawan, Rossa dan Afgan.

JAKARTA – Keakraban hubungan antara penyanyi Datuk Seri Rossa dengan Afgan sememangnya sudah diketahui ramai baik dalam kalangan peminat mahupun rakan-rakan selebriti.

Bahkan, ramai juga yang beranggapan jika kedua-dua mereka itu mempunyai hubungan istimewa sebagai pasangan kekasih.

Menerusi sebuah rakaman podcast bersama Rossa baru-baru ini, seorang sahabat baik pasangan itu, pereka fesyen dan pengacara popular, Ivan Gunawan membocorkan rahsia bahawa selama ini, Afgan tidak pernah mengeluarkan wang belanja setia[ kali bercuti bersama Rossa.

“Kalau nak tahu, paling seronok keluar bercuti bersama Ocha (panggilan Rossa) adalah, saya tidak pernah keluarkan duit. Begitu juga dengan Afgan,” katanya.

Mendengar pendedahan tersebut, pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu hanya ketawa dan menafikan apa yang dikatakan oleh Ivan.

“Mana ada. Itu semua fitnah. Cuma sekali-sekala sahaja (belanja Afgan),” jawab Rossa.

Enggan dilihat berbohong, Ivan menambah jika dia sendiri melihat Rossa sering mengeluarkan duit dan membayar barangan yang dibeli Afgan ketika mereka bercuti.

“Saya bercakap benar. Kami pernah pergi bercuti beberapa kali. Dia (Afgan) tidak pernah keluarkan dompetnya,” ujar Ivan.

Kelihatan tidak mampu untuk menafikan perkara tersebut, Rossa akhirnya mengiakan berkata bahawa dia hanya membayarkan dahulu barang yang ingin dibeli Afgan dan akan dibayar semula kepadanya nanti.

“Afgan akan membayar semula kepada saya nanti,” jawab Rossa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI