fbpx

Itali bangkit daripada lena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAMPUKAH skuad bimbingan Mancini mempertahankan rekod 31 perlawanan tanpa kalah apabila bertembung Belgium awal pagi esok.

ENTAH mengapa, beberapa bulan sebelum saingan Euro 2020 bermula, nama Itali seakan hilang dari radar media dan kalau ada berita pun tidaklah sehebat tumpuan yang diberikan kepada pasukan seperti Portugal, Perancis, Jerman atau Sepanyol.

Penulis sendiri yang setiap hari mencari artikel-artikel untuk disiarkan seakan terlepas pandang mengenai perkembangan pasukan The Azzurri yang dikemudi oleh Roberto Mancini.
Mancini dilantik mengemudi Itali selepas Gian Piero Ventura gagal membawa mereka ke Piala Dunia 2018.

Tidak menunggu lama, Mancini membuktikan beliau adalah jurulatih tepat untuk menjadikan Itali kembali digeruni selepas mencatat kemenangan bersih dalam 10 aksi kelayakan Euro 2020.

Itali berubah menjadi pasukan yang berbeza daripada sebuah pasukan yang memiliki kekuatan di benteng pertahanan, kali ini mereka hadir dengan jentera serangan yang cukup ampuh apabila meledak 37 gol pada kempen kelayakan itu.

Diundi di dalam Kumpulan A saingan Euro 2020 bersama Wales, Switzerland dan Turki, The Azzurri terus mengekalkan kemenangan bersih untuk aksi peringkat kumpulan.

Jumlah jaringan Itali cukup memukau apabila setakat ini berjaya menghasilkan tujuh gol dan gawang mereka juga belum dibocori.

ITALI muncul juara kumpulan pada saingan Euro 2020 selepas meraih kemenangan bersih dalam tiga aksi. – AFP

Tujuh jaringan dengan tiga kemenangan berturut-turut untuk aksi peringkat kumpulan menyaksikan Mancini memecahkan rekod Dino Zoff yang mengemudi Itali pada Euro 2000 dengan enam gol, manakala aksi tanpa bolos itu pula menyamai pencapaian Euro 1980 di bawah kendalian Enzo Bearzot yang mana Zoff menjadi penjaga gol ketika itu.

Senarai skuad Mancini kali ini menyaksikan beliau hanya membawa tiga penyerang iaitu Ciro Immobile dan Andrea Belotti yang tidak mempunyai rekod jaringan yang baik di peringkat antarabangsa serta seorang penyerang muda Sassuolo, Giacomo Raspadori.

Namun, Mancini berjaya mengadunkan ramuan terbaik dengan menguatkan bahagian tengah dan sayap yang akan bertindak memecah benteng lawan sebelum mencipta umpanan gol.

Maka tidak hairanlah, Mancini tidak memerlukan penyerang bersifat prolifik dan klinikal sebaliknya Immobile dan Belotti hanya perlu bertindak sebagai poacher.

Namun, hakikatnya ‘enjin’ utama Itali adalah Manuel Locatelli yang merupakan seorang pemain tengah yang teknikal, memiliki hantaran yang sempurna, fizikal yang baik dan paling utama adalah kepantasannya mengatur gerak keseluruhan jentera penggempur mereka.

Dia juga berperanan sebagai false nine dengan kemampuan melakukan larian daripada belakang dan menyudahkan peluang dan buktinya dia sudah meledak dua gol setakat ini.

Menempah slot ke pusingan 16 pasukan terbaik, Itali dilihat tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kemaraan apabila dijadualkan bertemu Austria dan cabaran sebenar mereka mungkin

bermula di suku akhir apabila berkemungkinan besar bakal bertemu ‘generasi emas’ Belgium.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI