JAKARTA – Seorang gadis bernama Siti Aisyah Mardhiya Amilia(Amel) tular di media sosial kerana memiliki paras rupa iras penyanyi rock wanita Indonesia, arwahNike Ardilla lapor portal berita Suara.com hari ini.
Terbaharu, Amel pergi menemui ibu Nike Ardilla, Nining Ningsihrat dalam detik pertemuan yang menyaksikan kedua-duanya mengalirkan air mata.
Pertemuan menyayat hati itu viral di media sosial dan dipaparkan menerusi akaun Instagram@nikeardilla_id.
Dalam video tersebut, Amel dilihat berjabat tangan dengan Nining Ningsihrat yang duduk di kerusi roda dan memeluk wanita itu seperti ibunya sendiri.
Air mata tak kunjung berhenti dari pelupuk mata keduanya. Amel juga sempat menyuap Nining Ningsihrat, tidak ubah seperti pertemuan antara seorang ibu dan anak kandungnya.
Amel melonjak popular selepas potretnya terpapar dalam akaun TikTok@kipotart. Akaun sosial tersebut memaparkan beberapa foto seorang gadis yang disebut mirip arwah penyanyi Nike Ardilla.
Gambar itu dirakam oleh seorang jurugambar bernama Taufik Akbar.
Pada 18 Jun lalu, Taufik, secara tidak sengaja bertemu gadis itu sedang duduk bersama kakaknya di sebuah stadium di Jakarta.
“Awalnya saya meminta izin untuk merakam gambar kakaknya. Namun, wanita itu menyuruh dia merakam gambar adiknya sahaja,” kata Taufik kepada Suara.com
Ketika Amel membuka pelitup muka, Taufik terkejut lantaran wajah gadis itu sangat mirip dengan Nike Ardilla.
Nike Ardilla atau nama sebenarnya Raden Rara Nike Ratnadilla pernah menggemparkan industri muzik Indonesia dalam tahun 1990-an. Dia meninggal dunia di Bandung pada tahun 1995 ketika berusia 19 tahun. – Agensi