fbpx

Gadis nyaris lemas jatuh jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa diselamatkan nelayan di bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dekat George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang gadis berusia 24 tahun nyaris lemas sebelum diselamatkan nelayan selepas jatuh ke dalam laut dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Kilometer 14.1 dekat Batu Maung di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.15 malam berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira berhenti di bahu jalan di atas jambatan dalam keadaan pintu terbuka.

“Mangsa dipercayai telah terjun ke dalam laut, namun diselamatkan oleh nelayan yang berada dibawah jambatan berdekatan dengan tiang (nombor) 81.

“Terdapat barang peribadi dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di dalam kereta itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, gadis tersebut kemudiannya dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin Batu Uban di sini sebelum diserahkan kepada pihak polis.— K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI