fbpx

Datuk, adik didakwa buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Farid ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR  – Seorang pemilik syarikat bergelar Datuk dan adiknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 52 pertuduhan berhubung tuntutan palsu pembekalan minyak masak bernilai RM1.57 juta, dua tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mohd. Farid Mohamad Ali, 42, yang merupakan pemilik syarikat pembungkusan minyak masak subsidi dan adiknya, Mohd. Fadhil, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mohd. Farid didakwa memberi Penyata Tuntutan Bayaran Bantuan Kewangan Kepada Kilang Penapis/Pembungkus Minyak Masak Sawit Tulen yang mengandungi butiran palsu kepada staf Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bernilai RM1.57 juta.

Kesalahan dilakukan di pejabat bahagian Subsidi dan Bekalan, Cawangan Analisa Perakaunan Industri, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, KPDNHEP Putrajaya pada Januari 2019 hingga Mac 2020.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sementara itu, Mohd. Farid pula mengaku tidak bersalah atas 52 pertuduhan pilihan memalsukan invois dan dokumen penghantaran yang terkandung dalam Pernyata Tuntutan Bayaran Kewangan kepada kilang sama dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan untuk menipu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Mohd. Farid juga turut mengaku tidak bersalah menerima wang RM192,433 daripada akaun Hong Leong Bank milik KPDNHEP yang merupakan hasil aktiviti haram ke akaun Bank Islam milik Syarikat Temasek Growth Sdn. Bhd. yang mana dia merupakan pengawalnya.

Dalam pada itu, Mohd. Fadhil pula didakwa atas 52 pertuduhan bersubahat dengan Mohd Farid untuk melakukan kesalahan sama, di tempat dan tarikh sama, mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) akta sama.

Mohd. Fadhil turut mengaku tidak bersalah atas 52 pertuduhan pilihan bersubahat dengan adiknya memalsukan dokumen sama.

Mahkamah membenarkan Mohd. Farid diikat jamin RM150,000 bagi kesemua pertuduhan dan RM100,000 terhadap Mohd. Fadhil. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI