fbpx

Daging kerbau dari India RM1.3 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa Maqis Johor sedang melakukan pemeriksaan ke atas kotak mengandungi daging kerbau sejuk beku dari India, semalam. /FOTO IHSAN MAQIS

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor bertindak menahan tiga kontena berisi daging kerbau sejuk beku bernilai RM1.3 juta di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini semalam.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap kontena berkenaan pada pukul 2 petang.

Menurut beliau, ketiga-tiga kontena berkenaan membawa daging kerbau dari negara India.

“Maqis menahan bahan mentah itu setelah mendapati nombor seal pada kontena tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam dokumen ‘bill of lading’ yang telah diikrar.

“Kesemua daging kerbau seberat 83,988 kilogram (kg) dan dianggar bernilai RM1,302,653 telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

Beliau turut menasihati semua pengimport dan pengeksport agar mengikut peraturan ditetapkan kerajaan bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan Malaysia terpelihara. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI