fbpx

Klise saja, Fazura kongsi tips atasi kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura meminta untuk semua kekal positif dan tawakal dengan apa sekali pun dugaan yang diterima.

PETALING JAYA – Pelakon Nur Fazura berkongsi beberapa tips dan nasihat bagi menangani masalah kemurungan yang sering menghantui orang ramai terutama dalam mendepani zaman sukar ketika ini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Fazura berkongsi tips tersebut selepas ditanya pengikut mengenai pandangan peribadinya tentang bagaimana untuk menangani masalah kemurungan umumnya ketika pemularan pandemik Covid-19 kini.

“Sejujurnya saya tak berapa tahu tahap dan jenis-jenis kemurungan yang dihadapi seseorang.

“Nasihat saya bagaimana untuk tangani kemurungan adalah dengan banyakkan solat dan mohon kepada Allah. Itulah cara terbaik untuk kita dapatkan semula harapan dan semangat,” katanya.

Pada hantaran sama, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 38, berkata, walaupun ada yang dibuang kerja dan ramai terkesan, pastikan terus bangkit dan cari jalan untuk selalu kekal positif.

“Bila kita sedih dan murung, kita macam tak percaya pada Tuhan, tapi itulah pentingnya tawakal.

“Mungkin ini kedengaran agak klise, tetapi itulah cara paling berkuasa yang kita boleh lakukan buat masa ini,” ujarnya lagi.

Kelmarin Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki dipercayai mengalami masalah kemurungan disahkan maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Butterworth, Pulau Pinang.

Hasil siasatan, lelaki berusia 26 tahun itu bertindak terjun dari pangsapuri tersebut disebabkan mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu selepas perniagaan yang diusahakan gagal dan mengalami kerugian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI