fbpx

Banjir kilat landa Kampung Batu Papan, Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Kampung Batu Papan yang dilanda banjir kilat, malam tadi. /FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seramai 297 penduduk daripada 64 keluarga di Kampung Batu Papan di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dilanda banjir kilat, malam tadi.

Hujan lebat bermula pukul 1 pagi itu menyebabkan air Sungai Galas meningkat dengan cepat sehingga melimpahi tebing.

Seorang penduduk, Mohd. Alif Yusoff, 50, berkata, hujan selama lima jam itu menyebabkan air sungai turut melimpah ke jalan di kampung mereka sehingga memasuki beberapa kawasan rumah penduduk.

Katanya, air meningkat ke paras pinggang sehingga menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan barangan di kedai runcitnya pada pukul 6 pagi tadi.

“Banjir kilat sering berlaku di kampung sekiranya berlaku hujan lebat dan penduduk di kawasan ini pasti mengalami kerugian,” katanya.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gua Musang, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di Dewan Kampung Batu Papan yang dibuka pukul 8.30 pagi tadi.

Katanya, seramai 96 orang penduduk lelaki, 105 orang wanita dan 96 kanak-kanak telah ditempatkan di PPS itu.

Tambahnya, keadaan banjir kilat semakin terkawal dan paras air mulai surut pada pukul 12 tengah hari tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI