fbpx

Astro, Netflix meterai perjanjian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Astro dan Netflix telah memeterai perjanjian strategik yang akan membawa perkhidmatan penstriman terkenal Netflix ke platform Astro, sekali gus bakal memberikan pengalaman hiburan yang luar biasa kepada pelanggan.

Pelanggan Astro bakal menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi kotak Ultra, sejurus selepas kerjasama tersebut dilancarkan dan menerusi Kotak Ulti dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, menerusi kerjasama ini, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil yang sama, dengan nilai tambah yang lebih baik.

“Kerjasama ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan nombor satu  rakyat dengan menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah originals, program signatures, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati. 

“Pengumuman ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Selain itu, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC, Netflix, Tony Zameczkowski menjelaskan, rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis dan K-drama seperti Vincenzo, kami percaya bahawa kisah-kisah terhebat seperti ini boleh datang dari mana sahaja dan turut diminati oleh audiens seluruh dunia. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI