fbpx

99 peratus polis Kelantan sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah (kanan) ketika mendengar taklimat operasi polis di pos kawalan PKPD Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin, hari ini.

KOTA BHARU – Semua pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan yang melibatkan seramai 4,309 orang telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, pihaknya kini sedang dalam proses melengkapkan dos kedua bagi semua pegawai dan anggota IPK Kelantan.

Katanya, setakat ini, seramai 3,868 pegawai dan anggota sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos kedua manakala baki selebihnya sedang dilakukan secara berperingkat.

“Jumlah itu tidak termasuk pegawai awam yang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kelantan. Ini kerana, ada pegawai awam yang masih dalam proses melengkapkan suntikan vaksin untuk dos pertama.

“Setakat ini, seramai 591 pegawai awam polis sudah menerima suntikan vaksin dos pertama manakala bagi dos kedua pula seramai 309 orang,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin di sini hari ini.

Menurut beliau, PKPD di kawasan itu yang bermula hari ini hingga 8 Julai melibatkan 188 rumah dengan jumlah penduduk seramai 866 orang.

Katanya, setakat ini, tiga jalan keluar dan masuk kampung itu yang dikenal pasti sebagai laluan tikus telah dipasang kawad berduri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI