PUTRAJAYA – Sebanyak 5,812 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kini mencecah 722,659 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 2,187 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 771 kes dan Sarawak sebanyak 673 kes.
“Seterusnya, Negeri Sembilan (658 kes), Pulau Pinang (270 kes), Melaka (223 kes), Johor (196 kes), Kedah (186 kes), Sabah (156 kes), Pahang (139 kes) dan Labuan (123 kes).
“Negeri lain adalah Kelantan (98 kes), Perak (72 kes), Terengganu (46 kes), Putrajaya (14 kes) manakala, tiada jangkitan baharu di Perlis,” katanya pada laman sosial Facebooknya hari ini. -K! ONLINE