fbpx

5,000 fakir miskin sementara di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saipolyazan (kiri) menyerahkan sebuah kerusi roda kepada Ketua Pengarah Hospital UiTM, Dr. Sazzli Kasim. FOTO: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KUALA SELANGOR- Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) mengesan 5,000 orang fakir miskin sementara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) 3.0 .

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata, pengesanan itu berdasarkan permohonan bantuan diterima pihaknya daripada kelompok individu yang terjejas dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan diperkenalkan bagi membantu mereka.

“Kita akan beri bantuan selama enam bulan kepada mereka ini.

“Sekiranya golongan ini masih lagi menghadapi masalah itu selepas tempoh tersebut, LZS akan mendaftarkan mereka sebagai golongan fakir miskin “katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan kerusi roda kepada Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 20 buah kerusi roda disumbangkan LZS kepada hospital tersebut bagi kegunaan penerima vaksin Covid-19 yang uzur. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI