fbpx

13 jemaah solat Jumaat dikompaun langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian jemaah masjid yang dikompaun kerana melanggar SOP pada petang ini.

ALOR SETAR – Polis mengeluarkan kompaun ke atas 13 daripada 34 individu yang didapati berkumpul dan menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Seberang Kota, Kuala Kedah dekat sini hari ini.

Tindakan itu hasil pemeriksaan sepasukan polis bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) di masjid tersebut kira-kira pukul 2 petang ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, jemaah berusia antara 18 hingga 82 tahun itu dikenakan kompaun RM1,500 seorang.

Katanya, kompaun sebanyak RM10,000 turut dikeluarkan terhadap pihak masjid kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sebaik tiba, kita dapati khutbah sedang dibacakan. Tidakan kompaun dikenakan selepas jemaah selesai menunaikan solat.

“Pemeriksaan mendapati terdapat 34 jemaah, namun hanya 13 yang dikompaun kerana bakinya terdiri daripada pelajar sekolah serta orang kelainan upaya (OKU) termasuk seorang yang menghidap penyakit nyanyuk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Balai Polis Kuala Kedah selepas selesai mengetuai operasi tersebut di sini hari ini.

SOP di Kedah menetapkan hanya 13 jemaah sahaja melibatkan pegawai dan jawatan kuasa kariah masjid dibenarkan menunaikan solat Jumaat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI