fbpx

13 didakwa kes iring mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian tertuduh yang didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 13 individu termasuk seorang wanita dalam kejadian perarakan mengiringi mayat yang tular di media sosial baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Mereka yang dituduh ialah S. Munesvaran, 24; K.S. Surendran, 35; B. Subramaniam, 23; K. Yeshwar, 22, dan S.Logeswari, 23, Surendran Peeter William, 21; M. Jagan, 24; M. Thiruselvaan, 21; N. Amos, 19; N. Vihnoth, 21, dan M. Guganeswaran, 21.

Manakala dua lagi adalah dua remaja berusia 15 dan 16 tahun.

Tujuh termasuk seorang wanita dan dua yang masih dibawah umur mengaku bersalah, manakala enam lagi meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melanggar arahan Ketua Pengarah Kesihatan dengan melakukan perarakan kematian bagi tujuan keagamaan di dalam kawasan jangkitan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Siram, Butterworth di sini pada 17 Jun lalu kira-kira pukul 2.50 petang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Peraturan 9, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2021.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Lima yang mengaku bersalah masing-masing didenda RM6,000, manakala dua remaja bawah umur dibenar diikat jamin RM1,000 sementara menunggu laporan akhlak serta enam lagi dibenar diikat jamin RM3,000 setiap seorang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI