fbpx

TMJ seru masyarakat Johor daftar vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail mendengar taklimat ketika berkenan meninjau operasi PPV Persada, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru penduduk negeri ini untuk segera mendaftarkan diri mereka bagi mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Tunku Ismail bertitah, pendaftaran itu sangat penting dalam usaha mencapai imuniti kelompok demi membendung penularan wabak berkenaan.

Titah baginda, pihaknya yakin dengan usaha kerajaan menerusi PICK dalam memastikan bekalan vaksin yang mencukupi bagi semua masyarakat Johor.

“Saya telah melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada) Johor hari ini untuk meninjau pengoperasian program vaksinasi Covid-19 dan telah mula beroperasi sejak 7 Jun 2021.

“Setakat ini, seramai 3,000 orang menerima vaksin di PPV Persada Johor setiap hari. Saya prihatin akan keluhan rakyat mengenai akses kepada vaksin,” titahnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI