fbpx

Tiada pekerja asing, amah masuk sampai hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kemasukan pekerja warga asing yang baharu termasuklah pembantu rumah dijangkakan tidak akan berlaku sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum dan prihatin dengan bebanan yang ditanggung oleh majikan tempatan khususnya mengenai ketiadaan kemasukan pembantu rumah warga asing ketika pandemik Covid-19.

Menurutnya, dia dan rakan sejawatnya iaitu Menteri Tenaga Kerja Republik Indonesia, Ida Fauziyah telah berbincang mengenai isu berkenaan secara dalam talian pada 6 Mei lalu.

Perbincangan itu, katanya, bagi memulakan rundingan semula untuk memuktamadkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) dengan segera.

“Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan rundingan mengenai MoU tersebut di peringkat pegawai-pegawai kanan kedua-dua kementerian.

“Rundingan ini bagaimanapun tertangguh susulan pelaksanaan ‘lockdown’ di Jakarta bermula 15 Jun sehingga 28 Jun ini. Perbincangan akan dimulakan sebaik sahaja ‘lockdown’ itu tamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI