fbpx

Sorok rokok tanpa cukai bernilai RM200,000 dalam van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang peniaga berusia 44 tahun ditahan bersama rokok tidak bercukai bernilai lebih RM200,000 selepas polis memeriksa sebuah van di Taman Cendana Permai, Simpang Ampat di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, gerak-geri suspek telah diintip selama 15 minit oleh anggota Polis Marin Wilayah Satu Batu Uban yang curiga terhadap muatan di dalam van jenis Nissan NV200 itu sebelum diserbu kira-kira pukul 10.30 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan kemudiannya menjumpai beberapa jenis rokok tidak bercukai yang berada di bahagian belakang kenderaan terbabit iaitu 1,350 karton rokok tidak bercukai bernilai RM214,002.

“Polis turut menyita van berkenaan yang dianggarkan bernilai RM60,000 dengan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM274,002,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafee memberitahu, siasatan lanjut mendapati, suspek yang ditahan itu memiliki empat rekod berkaitan jenayah selain enam rekod berkaitan dadah.

Kes itu disiasat di bawak seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI