fbpx

Senjata biologi senyap lagi membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setakat ini, koronavirus telah menjangkiti ratusan juta warga dunia dan meragut hampir empat juta nyawa. - Gambar hiasan/AFP

Sebelum pandemik melanda, ancaman jelas lagi nyata kepada umat manusia adalah senjata nuklear.

Ironinya, senjata pemusnah peradaban itu menjadi ‘jaminan terbaik’ bagi mencegah berlakunya Perang Dunia Ketiga.

Baik negara kuasa besar, baik pakatan ketenteraan, tiada yang berani mencetuskan perang global kerana jika menang pun jadi arang, kalah pula jadi abu.

Kemunculan pandemik Covid-19 menjarah umat manusia tanpa mengira negara, ideologi atau warna kulit menyedarkan dunia tentang ancaman lebih senyap iaitu senjata biologi.

Setakat ini, koronavirus telah menjangkiti ratusan juta warga dunia dan meragut hampir empat juta nyawa.

Sifatnya begitu mudah bermutasi dan menjangkiti manusia seperti logam tertarik pada magnet. Dahulunya tersebar menerusi titisan cecair badan, Covid-19 kini merebak di udara. Tiada virus ‘setanding’ Covid-19, baik SARS mahupun Ebola.

Keupayaan luar biasa virus Covid-19 mengundang curiga ramai saintis bahawa kuman tersebut bukan semula jadi tetapi buatan makmal dan mungkin senjata biologi yang terlepas.

Siasatan asal-usul koronavirus pada hemat penulis, tidak akan membuahkan keputusan konkrit seperti kata peribahasa, siapa mengaku berak di tengah jalan.

Realitinya, pandemik membuktikan betapa rapuhnya umat manusia apabila berdepan pembunuh yang halus seperti virus.

Pandemik perlu menjadi loceng amaran bahawa senjata biologi perlu dipantau rapi.

Senjata ini senyap dan hanya membunuh manusia tanpa memusnahkan tumbuhan atau infrastruktur penting.

Senjata ini juga boleh dilepaskan tanpa bunyi letupan tetapi impaknya terhadap manusia boleh menyamai bom atom.

Setakat ini cuma 16 negara, tidak termasuk Taiwan, memiliki atau disyaki memiliki senjata biologi seperti China, Rusia, Amerika Syarikat, Israel, Perancis, Britain, Jerman dan Iran.

Kebanyakan negara yang memiliki senjata biologi tertakluk di bawah Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin yang berkuat kuasa pada 1975.

Bagaimanapun, tiada jaminan negara-negara terbabit mematuhi segala peraturan konvensyen tersebut.

Sekiranya terdapat negara yang disyaki melanggar konvensyen perjanjian tersebut, aduan boleh dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, namun perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kemungkinan Covid-19 adalah senjata biologi ada, malah sekiranya siasatan antarabangsa mengesahkannya, dunia perlu gentar kerana senjata ini boleh digunakan secara ‘lempar batu sembunyi tangan.’

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI