fbpx

Saya saksi Siti Elizad sering solat di set penggambaran – Hafidz Roshdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIDZ tampil mempertahankan Elizad selepas dia dituduh tidak menunaikan solat dan menutup aurat oleh seorang netizen dalam Facebook semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Hafidz Roshdi mempertahankan rakan selebriti iaitu pelakon Siti Elizad selepas aktres itu dikatakan tidak menutup aurat dan mendirikan solat oleh seorang netizen dalam laman sosial.

Menurut Hafidz, sebagai seorang pelakon yang pernah bekerjasama dengan Elizad, dia berasa terpanggil berkongsi sikap sebenar aktres itu dan dia bukanlah seperti apa yang dikatakan netizen tersebut.

Ujar Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 27, dia mengenali Elizad sebagai seorang pelakon yang tidak akan meninggalkan kewajibannya sebagai orang Islam (bersolat) walaupun ketika sedang sibuk bekerja.

“Setiap kali penggambaran di rumah, mesti dia (Elizad) akan ambil wuduk, bentang sejadah. Bukan sekali saya nampak, tapi berkali-kali.

“Saya nak beritahu benda betul yang saya nampak depan mata. Saya tidak akan cakap kalau tidak nampak dengan mata saya sendiri,” ujarnya.

Hafidz yang ditemui ketika sidang media drama Bujang Tampan Selamba hari ini bertindak mempertahankan Elizad kerana merasakan seseorang itu tidak seharusnya mencampuri hal peribadi orang lain terutama berkaitan agama.

Menerusi komen yang ditinggalkan dalam Instagram Elizad, Hafidz memberitahu bahawa aktres itu akan segera mendirikan solat setiap kali tiba masuk waktu.

“Saya cuma nak beritahu ketika saya melakukan penggambaran dengan kak Elizad, setiap kali masuk waktu solat mesti terserempak dengan dia. Dia akan siap ambil wuduk dan bentang sejadah. Itu sahaja saya nak beritahu,” tulisnya.

Terdahulu, Elizad bertindak membuat laporan polis atas kebiadaban seorang individu yang sewenang-wenang menggelar dirinya mandul, bahkan dikatakan tidak mendirikan solat.

Menurut Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, dia nekad memfailkan laporan di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI