fbpx

Polis tunggu nasihat PPN kes MB Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular yang mendakwa Muhammad Sanusi pergi ke sebuah pusat jualan kenderaan di Auto City Juru di Bukit Mertajam baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Polis menunggu nasihat dan pandangan undang-undang daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) bagi menentukan tindakan seterusnya terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md.Nor berhubung dakwaan beliau memandu uji kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam di sini baru-baru ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abdul Manan, berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan menyerahkan kepada PPN.

“Kita telah hantar kertas siasatan ke Bukit Aman dan ia diserahkan kepada PPN untuk diteliti dan memberi cadangan selanjutnya.

“Sama ada untuk kompaun atau apa- apa tindakan, kita tunggu nasihat dan pandangan undang-undang PPN,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, polis telah menjalankan siasatan lanjut termasuklah meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan dan mengambil keterangan beberapa individu.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook berhubung dakwaan Menteri Besar itu memandu uji sebuah kenderaan pacuaan empat roda di Auto City Juru baru-baru ini.

Menurut seorang pengguna Facebook, Muhammad Sanusi didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan berkunjung ke pusat pameran kenderaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beberapa keping gambar yang didakwa ketika kejadian berkenaan turut tular di Facebook. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI