fbpx

Polis buru pencuri najis lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa negeri di India menggalakkan para petani di negara itu untuk menjual najis lembu bagi kegunaan pertanian organik. - John W. Poole/NPR

CHHATTISGARH, INDIA – Polis India memburu sekumpulan pencuri najis lembu yang melarikan lebih 800 kilogram (kg) bahan buangan tersebut dari sebuah perkampungan di negeri Chhattisgarh baru-baru ini, lapor portal berita MailOnline semalam.

Polis berkata, kumpulan tersebut melakukan kegiatan mereka pada waktu malam dengan memecah masuk ke dalam kawasan yang menyimpan najis lembu milik penduduk setempat dan mencuri tahi lembu yang bernilai kira-kira 1,600 rupee (RM89.80).

“Kami telah menyoal siasat beberapa suspek, namun tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini.

“Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan bagaimana suspek-suspek membawa najis lembu dalam kuantiti yang banyak serta tujuan mereka mencurinya.

“Siasatan masih dijalankan dan kami akan cuba sedaya upaya untuk mencari dalang di sebalik kegiatan ini,” kata pegawai polis tempatan, Harish Tandekar.

Kerajaan negeri Chhattisgarh membeli najis lembu daripada petani tempatan pada harga 200 rupee (RM11.20) bagi setiap 100 kg di bawah skim bagi menghasilkan baja kompos.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa negeri di India menggalakkan petani di negara itu untuk menjual najis lembu bagi kegunaan pertanian organik.

Selain itu, terdapat peningkatan permintaan bagi bahan buangan itu untuk menghasilkan produk mesra alam sekitar seperti pelita.

Beberapa penganut Hindu pula menggunakan najis dan air kencing lembu bagi tujuan perubatan dan amalan keagamaan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI