fbpx

Permudahkan moratorium, pengurangan ansuran pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PUTRAJAYA –  Sektor perbankan diminta mempermudahkan pelaksanaan bantuan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman terutama kepada individu yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan ataupun pengurangan pendapatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, individu terjejas boleh mendapatkan moratorium pinjaman automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

Menurutnya, bantuan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) masih dalam proses perincian dan kajian lebih lanjut.

“Bantuan itu kelak boleh diperkenalkan untuk membantu kelangsungan rakyat dan perniagaan dalam mendepani cabaran sepanjang bulan-bulan yang datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-58, hari ini.

Tengku Zafrul bagaimanapun berkata, bantuan-bantuan sedia ada akan disalurkan secara berterusan termasuklah pakej PEMERKASA+ yang diperkenalkan bagi mengurangkan beban rakyat semasa Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Katanya, kementeriannya juga akan terus memantau dan memperincikan lain-lain bentuk bantuan yang akan disalurkan kelak sepanjang pelan pemulihan ini.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI