fbpx

Pengurus syarikat pula direman kes kaut kontrak RM60 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi mendapatkan perintah reman.

PUTRAJAYA – Seorang pengurus syarikat ditahan reman hari ini susulan penahanan reman terhadap penolong setiausaha bahagian sebuah kementerian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan kontrak bernilai RM60 juta di kementerian terbabit.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 27 Jun depan itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Roslizawati Mohd. Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan SPRM.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah bersekongkol dengan penolong setiausaha bahagian tersebut bagi memonopoli projek-projek bernilai RM60 juta di kementerian terbabit sejak tahun 2018.

Katanya, sindiket tersebut dipercayai telah membolot kira-kira 16 projek yang melibatkan 11 kali pembayaran rasuah.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 12 tengah malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI