fbpx

Pemandu lori tangki LPG maut nahas lima lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 288.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Ipoh semalam.

IPOH – Seorang pemandu lori tangki gas petroleum cecair (LPG) maut apabila kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan melibatkan empat lori lain di Kilometer 288.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, mangsa, Ahmad American Ahmad, 42, yang parah maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, siasatan awal mendapati lori tangki dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah lori lain.

“Perlanggaran itu pula menyebabkan kenderaan berat itu menggelongsor melanggar tiga lori lain yang berada di hadapan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan mereka yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI