fbpx

Maklumat halal diragui, 28 tan daging kerbau dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daging kerbau sejuk beku dirampas di NBCT di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas hampir 28 tan daging kerbau sejuk beku semasa pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan berkata, pemeriksaan rutin pihaknya kira-kira pukul 5.45 petang itu, mendapati produk dari India tersebut didapati menggunakan maklumat yang mengelirukan.

Beliau berkata, ia berhubung maklumat pada sijil halal yang dikeluarkan dari negara pengeksport yang tidak tepat dan berbeza dengan maklumat label pada bungkusannya.

“Justeru (barang) dagangan seberat 27,998 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM427,691.57 itu ditahan oleh pihak untuk tindakan lanjut.

“Ia membabitkan sebanyak 1,449 kotak daging kerbau baku tanpa tulang di dalam sebuah kontena,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, penggunaan maklumat pada sijil halal yang tidak tepat dan mengelirukan akan disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI