fbpx

Kelar rakan senegara selepas cinta tidak berbalas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Gara-gara cemburu dan cinta tidak berbalas, seorang wanita warganegara Myanmar cedera parah akibat dikelar dengan pisau oleh rakan senegara dalam kejadian di hadapan sebuah kedai di Jalan Wangsa 3/5, Taman Wangsa Permai Desa Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah menerima panggilan pada pukul 6.10 petang memaklumkan seorang wanita warganegara Myammar telah diserang dengan pisau oleh seorang lelaki yang dikenalinya.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang berumur 35 tahun yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) telah mengalami luka yang teruk pada leher (sebelah kanan), dahi dan bahagian lengan disyaki ditoreh dengan pisau oleh suspek.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan keadaan mangsa dilaporkan stabil,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, berdasarkan siasatan, insiden itu bermotifkan cemburu selepas suspek dipercayai menaruh perasaan cinta kepada mangsa meskipun menyedari wanita itu enggan menerima cintanya.

“Ekoran terlalu cemburu, suspek bertindak menyerang mangsa, bahkan pernah mengganggu mangsa beberapa kali sebelum kejadian tersebut,” ujarnya.

Katanya, suspek yang berusia 40 tahun bagaimanapun berjaya diberkas polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI