fbpx

Tidak kisah gadai nyawa demi bibir paling tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bibir Andrea terlalu besar sehingga hampir menutup lubang hidungnya. - Jam Press

SOFIA, Bulgaria – Seorang wanita Bulgaria yang obses mendapatkan bibir paling besar di dunia sanggup merisikokan nyawa bagi menjalani pembedahan yang boleh meragut nyawa, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Andrea Ivanova,23, dari Sofia berkata, selain menebalkan bibir, dia juga bercadang menambah saiz payudara dan mengubah struktur wajah agar kelihatan seperti patung mainan Barbie hidup.

Andrea percaya bibirnya adalah yang paling besar di dunia. – Jam Press

“Saya sudah melakukan 25 suntikan asid hyuluronat di bibir saya dan saya percaya bibir ini yang terbesar di dunia.

“Namun saiz sekarang masih belum cukup bagus untuk saya dan saya akan terus menebalkan bibir walaupun ia kini sudah hampir menyekat lubang hidung,” jelasnya.

Gadis itu turut memberitahu bahawa doktor yang bertanggungjawab merawatnya memberi amaran bahawa, pembedahan baharu boleh membawa maut.

“Saya tidak peduli kerana saya tetap mahu capai impian bibir terbesar di dunia,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI