fbpx

Didenda RM1,500 tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SELAYANG – Padah tidak memakai pelitup muka di tempat awam, dua lelaki warga Pakistan masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Abdul Qayyum, 31, dan Zahid Mehmood, 23, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.

Sekiranya jumlah denda itu gagal dibayar, kedua-duanya boleh dipenjara selama tiga bulan dan mereka membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa- Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR)
didapati tidak memakai pelitup muka yang mana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) arahan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Kedua-duanya melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kilang, Taman Sri Batu Caves di sini pukul 6.30 petang pada 19 Jun lalu yang mana mereka telah melanggar Peraturan 16, Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan boleh dihukum dibawah peraturan-peraturan 17 yang sama.

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

“Virus Covid-19 kini bersifat sporadik, boleh tersebar melalui udara, jadi perbuatan mereka ini (tidak memakai pelitup muka) mengundang bahaya pada diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Bagaimanapun peguam Azman Abdullah yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengurangkan denda dengan alasan kedua-dua anak guamnya tidak bekerja dan mempunyai tanggungan keluarga. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI