fbpx

Bintang TikTok dihukum penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen – Haneen (kiri) dan Mowada (kanan) menggalakkan wanita di Mesir menjana pendapatan menggunakan media sosial -TikTok

KAHERAH – Dua wanita yang merupakan selebriti media sosial TikTok Mesir dihukum penjara dan denda kerana menggalakkan wanita menggunakan media sosial untuk menjana pendapatan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ahad lalu, Haneen Hossam, 20, dan Mowada al-Adham, 23, didakwa melakukan ‘penyeludupan manusia’ dan dikenakan denda £9,100 (RM52,798) setiap seorang oleh Mahkamah Kaherah.

Mowada yang memiliki lebih tiga juta pengikut di TikTok menerima hukuman penjara selama enam tahun manakala Haneen dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun selepas dilaporkan cuba menyembunyikan diri.

Kedua-dua mereka didakwa menyebabkan gadis bertindak bertentangan dengan nilai masyarakat Mesir dengan tujuan mendapatkan keseronokan bersifat kebendaan.

Haneen dan Mowada juga menggalakkan golongan wanita berkongsi kandungan di TikTok bagi menjana pendapatan.

Peguam Mowada, Saber Sokkar berkata kedua-dua wanita itu juga didakwa telah merosakkan nilai kekeluargaan, menghasut dan mendorong wanita muda untuk melakukan hubungan seksual.

Hukuman penjara merupakan sebahagian daripada kaedah kerajaan Mesir menghalang kandungan media sosial daripada meruntuhkan moral golongan Muslim di negara itu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI