fbpx

Ayda Jebat ‘pulun’ durian, peminat yang risau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN video Ayda menjamu buah durian mengundang rasa risau dalam kalangan peminatnya.

PETALING JAYA – Tindakan pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat menikmati hidangan buah durian ketika sedang hamil mendapat perhatian peminatnya yang bimbang tentang keadaan kandungan selebriti itu.

Menerusi hantaran berbentuk video yang dikongsi Ayda dalam Instagramnya, kelihatan dia bersama suaminya, Nabil Mahir sedang menikmati durian yang dimakan bersama nasi.

“Nabil lebih gemar memakan durian bersama nasi namun tidak bagi saya. Anda suka ‘nasi campur durian atau durian sahaja? Ke anda ada tambahan bahan lain?

“Wanita yang mengandung sila dapatkan nasihat doktor sebelum makan durian. Jangan ‘pulun’ macam jumpa ‘boyfriend’ lama,” tulis Ayda dalam kapsyen.

Namun, rata-rata peminatnya tetap mempersoalkan tindakan Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 29, memakan durian ketika sedang hamil.

“Tengah hamil bukan tak boleh makan durian ke? Jamah 1 ulas je,” tegur salah seorang peminat.

“Ibu hamil boleh makan durian ke?” persoal salah seorang netizen.

Bagaimanapun, Ayda memaklumkan bahawa dia telah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu dan diberi kebenaran untuk menikmati cuma dua ulas durian.

“Doktor saya pesan dua ulas saja maksimum,” jawabnya.

Untuk rekod, Ayda telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan juga pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari lalu dan sedang hamil enam bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI