fbpx

10 ditahan berjudi dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 10 individu yang ditahan kerana berjudi di dalam semak belakang sebuah tokong di Kampung Baru Penjom di Lipis semalam.

LIPIS – Seramai 10 individu yang terdiri daripada tujuh lelaki tempatan dan tiga wanita Vietnam yang leka bermain judi ‘Pai Kaw’ ditahan pihak polis dalam satu serbuan di kawasan semak belakang sebuah tokong di Kampung Baru Penjom di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kesemua suspek yang berumur antara 31 hingga 73 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan pihak polis pada pukul 6.20 petang semalam.

“Polis telah merampas wang tunai berjumlah RM2,539, tiga biji dadu, 32 buah pai kaw, satu kotak pai kaw dan empat kerusi untuk siasatan lanjut

“Kesemua suspek masing-masing dikompaun RM1,500 di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 dan disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI