fbpx

Sembunyi rokok seludup di kawasan paya bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM121,938 disembunyikan dalam sebuah pondok kecil di kawasan bakau di Kampung Puyut dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) semalam. - Foto: IHSAN PPM-

LAHAD DATU – Rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM121,938 disembunyikan dalam sebuah pondok kecil di kawasan bakau di Kampung Puyut dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) semalam.

Dalam serbuan sekitar pukul 6.30 pagi itu, semua rokok berkenaan dipercayai disembunyikan di kawasan bakau bagi mengaburi mata pihak berkuasa sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi, PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, rampasan itu dilakukan angggota PPM Lahad Datu yang menjalanlan operasi Op Benteng Covid-19.

“Bertindak atas maklumat orang awam, satu operasi serbuan dijalankan di kawasan terbabit. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebuah pondok kecil tidak berpenghuni dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan ribuan rokok pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam beg plastik berwarna hitam.

“Semua rokok itu disyaki diseludup masuk dari negara jiran dan dianggarkan bernilai RM121,938.96 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Gan memaklumkan semua barangan rampasan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam Cawangan Lahad Datu untuk tindakan lanjut

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI