fbpx

Sehari sebelum hari lahir, Syafiq Kyle kehilangan datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ kehilangan datuknya yang meninggal dunia semalam.

PETALING JAYA – Berita duka menyelubungi pelakon Syafiq Kyle sehari sebelum sambutan hari lahirnya esok apabila baru sahaja kehilangan datuknya semalam.

Syafiq bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut berkenaan pemergian datuk kesayangannya, melainkan hanya berkongsi sekeping gambar dalam Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon drama Nur itu berkongsi foto memaparkan van yang membawa jenazah datuknya tiba di sebuah tapak perkuburan.

Dalam gambar yang dimuat naik, Syafiq hanya menulis kapsyen ringkas berbunyi: “Sayang atok.”

Berita sedih tersebut turut dikongsikan adik Syafiq yang pernah menyertai pencarian Hero Remaja 2020, Syazwan Razak menerusi InstaStorynya semalam.

“Datuk saya baru sahaja meninggal dunia. Al-fatihah. Sayang atok. Selamat tinggal, assalamualaikum atok,” tulisnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI