fbpx

Rasai pengalaman pembelajaran abad 21 dengan JOI® Smart Classroom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NORMA baharu menyaksikan sektor pendidikan terpaksa melalui pelbagai perubahan mendadak termasuk peralihan kepada kaedah pembelajaran digital.

Bagaimanapun, faktor kemudahan terhad serta sambungan internet yang tidak konsisten menjadikan kaedah pembelajaran digital belum dapat dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia.

Kebanyakan sekolah juga masih menggunakan gabungan peranti lama dan baharu dengan fungsi berlainan, menyukarkan guru dengan tahap literasi teknologi berbeza untuk mengendalikan alat tersebut.

Memahami keperluan itu, SNS Network tampil memperkenal JOI® Smart Classroom, penyelesaian pembelajaran digital yang fleksibel dan sesuai dimanfaatkan dalam norma baharu.

JOI® Smart Classroom menawarkan ekosistem pendidikan pintar dengan perancangan dan pelaksanaannya membabitkan penggunaan peranti berteknologi canggih untuk guru dan pelajar.

1. JOI® Smartboard

JOI® Smartboard adalah skrin sentuh dan papan tulis interaktif yang dilengkapi pelbagai fungsi dan ciri menarik, sesuai untuk kegunaan tenaga pengajar.
Lebih mengagumkan, ia dikuasakan cip pemprosesan 10th Gen Intel® Core™, menjanjikan pengalaman penggunaan yang efisien sepanjang proses pengajaran.

Peranti ini juga membolehkan guru atau pensyarah menyediakan silibus pengajaran mereka dengan mudah dan efisien tanpa membuang masa menulis di papan putih biasa berulang kali.

JOI® Smartboard juga dilengkapi aplikasi android serta widget bar pada bahagian sisi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kaedah pengajaran.

Dengan peranti ini, sesi pembelajaran pasti menjadi lebih menarik apabila maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan interaktif menerusi kaedah demonstrasi.

2. JOI® Connect

JOI® Connect pula adalah peranti yang berfungsi menghubungkan sesi pembelajaran dengan lebih efisien di bawah satu pelayar. Walaupun tiada sambungan internet, pelajar dan guru masih boleh mengakses kandungan digital tanpa sebarang masalah.

Saiz peranti yang kecil, ringan dan mudah alih, membolehkan ia dipasang pada dinding dengan mudah. Peranti ini juga dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga lima jam bagi sekali pengecasan.

Lebih menarik, JOI® Connect turut disertakan ruang simpanan dalaman bersaiz 500GB untuk menyimpan kandungan pengajaran dan fail penting, membolehkan guru dan pelajar mengakses dokumen pada bila-bila masa.

3. JOI® Book 155 Pro

JOI® Book 155 Pro pula adalah sebuah komputer riba yang direka tipis dengan ketebalan hanya 13.5 milimeter (mm) dan ringan iaitu dengan berat 1.43 kilogram (kg), membuatkan ia mudah dibawa ke mana saja.

Kemasan luarannya pula diperbuat daripada logam aluminium, menjadikan JOI® Book 155 Pro tampak elegan dan menyerlahkan ciri modennya.

Hadir dengan paparan skrin penuh bersaiz 14 inci, beresolusi tinggi 1920 x 1080 piksel dan menggunakan panel IPS, JOI® Book 155 Pro menjanjikan paparan warna terang dan jelas.

Dikuasakan pemproses Intel® Celeron® N4120, JOI® Book 155 Pro mampu menawarkan kuasa pemprosesan yang efisien, sesuai dijadikan teman setia untuk pembelajaran dalam talian.

4. JOI® Book 200 Pro

Selain JOI® Book 155 Pro, SNS Network turut menawarkan pilihan komputer riba serba baharu iaitu JOI® Book 200 Pro.

Peranti ini disertakan dengan pemproses Intel® Pentium® Processor J3710 yang lebih berkuasa, menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar dan cekap.

JOI® Book 200 Pro juga direka ringan seberat 1.35kg, memudahkannya dibawa ke mana sahaja.

Lebih menarik, komputer riba moden ini turut disertakan papan kekunci dengan rekaan bucu ke bucu, membuatkan ia tampak kemas dan selesa digunakan.

Menaip tugasan dalam keadaan gelap juga tidak menjadi masalah besar kerana papan kekunci ini turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan khas bagi melancarkan tugas anda.

Hadir dengan paparan bersaiz 13.5 inci dengan 3K Narrow Bezel beresolusi tinggi 3000 x 2000, anda dapat menonton video atau memaparkan gambar yang jelas dan terang bagai dunia nyata.

Selain itu, JOI® Book 200 Pro turut disertakan pengecas jenis Type-C di samping menyokong fungsi pemindahan data yang menjadi nilai tambah bagi sesebuah peranti moden.

5. JOI® Book Touch 330 Pro

Peranti boleh laras 360 darjah ini pula menjadi rebutan ramai kerana ia boleh disesuaikan mengikut mod dan persekitaran pembelajaran.

Pelajar boleh menjadikannya sebagai komputer riba, tablet atau membuat pembentangan multimedia dengan mudah pada bila-bila masa.

Sesi pembelajaran secara dalam talian juga pasti memuaskan dengan paparan skrin yang luas.

Selain itu, pelajar juga dapat menulis nota menggunakan pen aktif dan ia menyokong tahap tekanan sehingga 1.024 bagi mengelakkan sebarang gangguan ketika menulis.

JOI® Book Touch 330 Pro menyokong Windows 10 Pro, membolehkan pelajar memindah dan menyusun aplikasi dengan mudah menggunakan pen aktif atau jari.

Ia juga dilengkapi pemproses Intel® Celeron® N4120 dengan Intel® UHD Graphics 600 baharu untuk prestasi hebat lengkap slot SSD yang boleh diakses untuk simpanan tambahan.

6. JOI® Classmate 10

JOI® Classmate 10 pula direka tahan lasak, sesuai untuk kegunaan harian tidak kira di mana sahaja sesi pembelajaran dilaksanakan.

Lebih mengagumkan, peranti ini mampu bertahan walaupun terjatuh dari ketinggian 0.6 meter, serta mempunyai kemasan kalis kotoran dan air sehingga 100 cc.

Dengan JOI® Classmate 10, anda tidak perlu bimbang memberi kebebasan kepada pelajar menggunakan peranti ini secara berkumpulan kerana ia bersedia membantu pelajar meneroka dunia pendidikan digital.

Sebagai nilai tambah, peranti ini turut disertakan kamera web yang boleh dilaras sehingga 360 darjah, cukup sempurna untuk sesi pembelajaran maya dalam norma baharu.

Dari segi paparan, JOI® Classmate 10 hadir dengan skrin 11 inci berdefinisi tinggi yang mampu menawarkan kepuasan tontonan kepada pengguna.

7. JOI® Classmate 30

Bagi model JOI® Classmate 30 pula, komputer riba ini turut direka dengan kemasan tahan lasak sama seperti siri JOI® Classmate 10.

Bagaimanapun, terdapat beberapa peningkatan spesifikasi pada peranti ini menjadikan ia lebih berkuasa.

Antaranya pemproses Intel® Core™ i3-1005G1 yang menjanjikan prestasi lebih lancar serta mampu menampung keperluan pelbagai jenis tugasan pada satu masa.

Paling penting, JOI® Classmate 30 disertakan dengan skrin 14 inci berdefinisi tinggi, lebih luas untuk paparan yang jelas dan memuaskan.

Penyelesaian digital terbaik untuk semua

Dengan penyelesaian JOI® Smart Classroom, ia merupakan peluang terbaik untuk membuat perubahan demi masa depan pendidikan yang lebih baik.

Anda tidak perlu bimbang kerana SNS Network menawarkan pakej SNS ONE Plan untuk semua peranti pintar JOI® yang membolehkan anda menikmati kaedah pembayaran fleksibel dengan kos lebih rendah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang ditawarkan SNS Network, layari www.joi.com.my/education atau daftar menerusi pautan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI