fbpx

PM dijangka umum berita gembira mengenai harga minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin ketika menagadakan sidang video bersama Tengku Zafrul hari ini. - Foto ihsan MPIC.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan berita gembira dalam masa terdekat khususnya berkaitan harga minyak masak tidak bersubsidi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, beliau akui isu harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran meresahkan rakyat.

“Petang tadi, saya mengadakan sidang video bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Agenda mesyuarat berkenaan ialah berkaitan syor kementerian dalam usaha menstabilkan harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran yang menjadi keresahan rakyat.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan ‘berita gembira’ kepada rakyat dalam masa terdekat,” katanya.

Katanya, pada mesyuarat sama, turut dibincangkan adalah lima program khas Kementerian Perusahaaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) bagi membantu rakyat di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN). -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI