fbpx

PGA pintas 37 PATI masuk dan keluar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI Indonesia yang ditahan PGA.

KUALA LANGAT – Kepantasan Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya memintas pergerakan 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia masuk dan keluar dari negara ini dalam dua serbuan berasingan di sini, semalam.

Turut ditahan tiga tekong darat warga tempatan yang bertindak sebagai transporter dalam operasi lebih sejam bermula pukul 8.30 pagi. Kesemua yang ditahan berusia 26 hingga 42 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, berdasarkan pemeriksaan pihaknya pada mulanya menangkap 27 PATI di sekitar pesisir pantai Kelanang yang menuju kepada transporter mereka.

Katanya, ini susulan terdapat tiga transporter bersama kenderaan masing-masing di kawasan tersebut.

“Seorang daripada transporter itu telah aktif sejak awal tahun ini bertindak perancang dengan memanggil dua lagi rakannya yang baru pertama kali terlibat.

“Kesemua PATI dipercayai akan dihantar sekitar Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata beliau, pihaknya kemudiannya berjaya menahan 10 PATI lagi di ladang kelapa sawit Jalan Kampung Kelanang, Morib yang ingin keluar dari negara ini.

Difahamkan jarak kedua-dua lokasi kira-kira dua kilometer.

“Kita mempercayai kesemua PATI itu dikendalikan daripada ketua tekong yang sama dari Indonesia.

“Selain itu, PATI yang ingin pulang ke Indonesia itu disyaki telah diatur oleh lelaki warga Aceh di negara ini menggunakan aplikasi e-hailing,” jelasnya.

Beliau menegaskan turut dirampas dalam operasi itu tiga buah kenderaan dan telefon bimbit bernilai keseluruhan RM109,600.

“Kesemua PATI telah dibawa ke Balai Polis Banting untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI