fbpx

Pengasas produk edar vitamin di SJR dapat kebenaran polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang menunjukkan pengasas itu berada di SJR di Bertam, Pulau Pinang

PETALING JAYA- Tindakan seorang pengasas produk kecantikan mengedarkan vitamin di sekatan jalan raya (SJR) beberapa hari lalu dibuat mengikut undang-undang berikutan menerima kebenaran daripada pihak polis.

Perkara itu didedahkan pengasas produk terbabit dikenali sebagai Muhammad Iddin Syah Mohd. Fauzi menerusi laman sosial Instagramnya dengan menjelaskan telah memohon kebenaran polis sebelum berbuat demikian.

Katanya, dia telah mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu dengan memberitahu niatnya untuk menyumbangkan sebanyak seribu unit vitamin kepada pengguna yang melalui SJR di Bertam, Pulau Pinang.

Surat permohonan yang dibuat kepada polis sebelum mengedarkan vitamin di SJR.

“Tak kan saya nak berbuat demikian tanpa kebenaran, saya terlebih dahulu memohon untuk mendapatkan kebenaran polis.

“Pihak yang paling saya prihatin ialah petugas barisan hadapan kita kerana mereka bertugas berjam-jam di SJR, walaupun mereka bersemangat, saya ada cara tersendiri untuk mengucapkan terima kasih,” katanya.

Jelasnya lagi, sumbangan vitamin itu sebagai rasa terima kasih pihaknya kepada petugas barisan hadapan selain mahu memastikan mereka terus bertenaga dan kekal hidrasi.

“Tindakan ini macam simbolik saya sebagai anak muda dan warga prihatin, sama macam orang lain yang sumbangkan makanan di hospital.

“Saya juga berada di situ tak lama, harap semua faham situasi dan menghentikan spekulasi yang tular,” rayunya.

Sebelum ini, beberapa gambar pengasas produk itu tular di laman media sosial apabila ramai netizen mempersoalkan mengapa dia dibenarkan berada di SJR untuk mengedarkan vitamin kepada petugas barisan hadapan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI