fbpx

Kebun pisang, nanas musnah diserang gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (kiri) dan Tengku Mohamad menunjukkan sebahagian pokok pisang yang musnah diserang sekumpulan gajah liar sejak hampir sebulan lalu di RTB Kampung Ban Ho, Cherul, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seramai 151 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Ban Ho, Cherul dekat sini dalam kebimbangan apabila kebun pisang dan nanas mereka kerap dicerobohi sekumpulan gajah liar sejak hampir sebulan lalu.

Dalam serangan terakhir pada dua minggu lalu, lapan peserta projek berputih mata apabila tanaman mereka yang sudah matang dan menunggu masa untuk dituai dimusnahkan haiwan liar tersebut.

Seorang peserta terlibat, Salah seorang peserta projek, Tengku Mohamad Tengku Chik, 70, berkata, sebanyak 900 batang pokok pisang yang diusahakan di kebun seluas empat hektar musnah melibatkan kerugian lebih RM40,000.

“Selain itu, 50 peratus daripada tanaman nanas yang saya usahakan juga musnah dipijak sekumpulan gajah liar berkenaan.

“Tidak dapat gambarkan betapa sedihnya saya melihat tanaman yang diusahakan dengan titik peluh sendiri musnah tanpa dapat menikmati hasilnya,” katanya kepada ditemui di sini hari ini.

Tengku Mohamad berkata, dia juga buntu kerana musibah tersebut menyebabkan dia tiada wang pusingan untuk terus meneruskan aktiviti pertaniannya.

Sementara itu, Pengurus Projek RTB Kampung Ban Ho, Abdul Rahman Daud berkata, pihaknya merayu tindakan segera diambil pihak berwajib bagi menyelesaikan isu serangan gajah liar berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI