fbpx

Kadar jangkitan kulat hitam meningkat di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pesakit yang disyaki dijangkiti kulat hitam menerima rawatan di sebuah hospital di Uttar Pradesh, pada 3 Jun lepas. – EPA/New York Post

NEW DELHI, INDIA – Kes-kes jangkitan mucormycosis atau kulat hitam meningkat dalam kalangan pesakit Covid-19 di India dengan kadar jangkitan melebihi 30,000 dalam tempoh tiga minggu dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 2,100 kematian, lapor akhbar New York Post semalam.

Para doktor di India percaya kesesakan yang berlaku di hospital-hospital dan kekurangan tangki oksigen telah menyebabkan pesakit mudah terdedah kepada jangkitan tersebut.

Menurut seorang doktor, penggunaan steroid yang berlebihan bagi merawat keradangan pada pesakit Covid-19 untuk membolehkan mereka bernafas dengan lebih mudah telah meningkatkan kadar gula dalam darah, sekali gus menyebabkan pesakit diabetes terdedah dengan risiko jangkitan.

Seorang penyelidik dan pakar mikrobiologi, Dr. Arunaloke Chakrabarti berkata, ramai doktor tidak mempunyai masa untuk bertanyakan pesakit mengenai keadaan kesihatan mereka sebelum memberikan steroid kepada mereka.

“Para doktor tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan prosedur pengurusan pesakit.

“Mereka hanya memberi fokus kepada bagaimana untuk menjaga saluran pernafasan pesakit,” ujarnya.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), jangkitan kulat hitam tersebut yang disebabkan oleh sekumpulan spora yang digelar mucormycetes kebiasaannya tidak menjangkiti individu yang sihat.

Bagaimanapun, bagi yang mempunyai masalah kesihatan atau mengambil ubat-ubatan yang melemahkan kebolehan badan untuk melawan kuman dan penyakit, spora tersebut boleh menjangkiti sinus atau paru-paru ketika menghirup udara.

Individu yang mempunyai penyakit-penyakit termasuk diabetes, kanser, pemindahan organ, pemindahan sel stem, sel darah putih yang rendah, kecederaan kulit dan kelahiran pramatang adalah berisiko untuk dijangkiti kulat hitam tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI