fbpx

Isu kontroversi ganggu fokus Vidal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDAL percaya Chile akan bangkit pada perlawanan selepas ini ketika mereka sekadar terikat 1-1 menentang Uruguay pagi semalam. – AFP

CUIABA – Perancang utama Chile, Arturo Vidal mengakui dia gagal memberikan aksi terbaik ketika pasukannya sekadar terikat 1-1 menentang Uruguay pada perlawanan yang berlangsung di Arena Pantanal pagi semalam.

Menurutnya, kontroversi melibatkan dirinya dan beberapa pemain lain yang dikritik selepas membawa masuk pendandan rambut ke hotel penginapan ketika penguatkuasaan peraturan gelembung sukan Covid-19 memberikan impak kepada aksi mereka di padang.

“Kami sedar bahawa kami telah membuat kesilapan itu. Kami tidak mahu perkara ini memberi kesan buruk kepada seluruh pasukan dan berharap dapat memberikan semula fokus kepada pertandingan.

“Di Chile, apabila anda me­lakukan satu kesilapan, ia memadam semua kebaikan yang telah anda berikan. Namun, kesatuan dan persefahaman antara kami sebagai pemain masih lagi utuh,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Vidal meng­akui kontroversi yang berlaku itu tidaklah begitu serius tetapi secara kebetulan mereka berdepan pasukan lawan yang agak kuat selain dia juga telah melakukan kesilapan tertampan bola ke gawang sendiri selepas diasak oleh Luis Suarez.

“Ia sudah pun berlaku, cuma kami akan pastikan bahawa ia tidak berulang lagi. Kami akan memberikan fokus terbaik pada aksi selepas ini.

“Kami masih lagi tenang dan terus cuba memperbaiki persembahan. Satu mata ini sangat berharga dan mampu membantu kami untuk layak. Ada beberapa perkara yang kami akan perbaiki nanti,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI