fbpx

Gemilang, Altair tingkat keselamatan penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rangka bas yang dibangunkan di kilang Gemilang di Johor.

PETALING JAYA – Gemilang International Limited (Gemilang) menerusi anak syarikatnya, Gemilang Coachworks Sdn. Bhd. bekerjasama dengan Altair bagi meningkatkan tahap keselamatan penumpang bas komersial melalui penggunaan teknologi simulasi.

Menerusi kerjasama tersebut, Altair, sebuah syarikat penyelesaian teknologi global dalam analitik data, simulasi dan pengkomputeran ber­prestasi tinggi akan menyediakan penyelesaian simulasi untuk membantu Gemilang melaksanakan ujian pelanggaran.

Usaha itu akan menjana data kritikal buat jurutera Gemilang membangunkan dan membina kenderaan komersial yang lebih selamat.

Pengurus Pembangunan dan Penyelidikan Gemilang, Mohsen Hamidipour berkata, keselamatan jalan raya merupakan isu terpenting dalam pengangkutan dan matlamat syarikat adalah mengeluarkan bas komersial dan badan bas yang memenuhi keperluan ke­selamatan di pasaran tempatan serta antarabangsa.

“Kami percaya semua penumpang pengangkutan awam perlu berasa selamat di sepanjang perjalanan, atas sebab itu, ujian terhadap komponen adalah penting dalam keseluruhan penghasilan produk, bermula reka bentuk, pembangunan hinggalah kepada pembuatan.

“Menerusi perkongsian dengan Altair, jurutera kami boleh melaksanakan ujian pelanggaran tanpa had dalam simulasi maya untuk semua bahagian keselamatan kritikal bagi memastikan ia memenuhi semua keperluan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Berpangkalan di Johor Bahru, Gemilang Coachworks telah menjalankan operasi reka bentuk dan pembuatan rangkaian badan bas besi dan aluminium serta pemasangan bas selama lebih 30 tahun.

Selain untuk pasaran domestik, kenderaan Gemilang turut dieksport ke lebih 10 pasaran di Asia termasuk Singapura, Australia, Hong Kong, China dan India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI