fbpx

Bantu negara membangun terima vaksin secara adil – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia menggesa Bank Dunia membantu negara-negara membangun menerima kesaksamaan dalam agihan vaksin secara global.

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perbuatan negara maju membolot vaksin adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan tidak mencerminkan kepimpinan global.

“Kami hargai sumbangan yang bakal diterima daripada negara maju, tetapi itu tidak ‘membolehkan’ perkara yang berlaku sejak beberapa bulan lepas dari sudut pengawalan pasaran vaksin.

“COVAX diwujudkan dalam semangat perpaduan global sebagai mekanisme kesaksamaan vaksin, tetapi ia menjadi satu kegagalan besar dan Bank Dunia bertanggungjawab membantu negara-negara membangun,” katanya pada majlis pelancaran laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia – Weathering the Surge yang diterbitkan oleh Bank Dunia secara maya, hari ini.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menegaskan, kesaksamaan vaksin perlu diwujudkan sekarang dan pada masa depan kerana itu satu-satunya cara untuk keluar daripada pandemik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI