fbpx

Balu imam meninggal ketika solat terima pencen seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi menyerahkan replika cek kepada Hafishah di rumahnya di Kampung Lintang, Kubang Jawi, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Balu kepada imam Masjid Kubang Jawi, Shabudin Othman, 62, yang meninggal dunia ketika solat asar pada hari pertama Aidilfitri lalu menerima pencen seumur hidup daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut Hafishah Marzuki, 57, dia tidak menyangka Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) membuat caruman Perkeso untuk arwah suaminya.

“Alhamdulillah, duit ini setidak-tidaknya dapat digunakan untuk kelangsungan hidup.

“Namun dalam menguruskan wang ini, saya akan mengutamakan dulu hajat suami yang tidak kesampaian sepanjang hidupnya dahulu,” katanya.

Hafishah sebelum itu menerima kunjungan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor yang menyerahkan faedah tersebut di rumahnya di Kampung Lintang, Kubang Jawi dekat sini hari ini

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad; Pengarah Perkeso Kedah, Mohamad Haron Othman serta Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK, Syeikh Mohd. Ashraf Mohsin.

Balu imam tersebut menerima bantuan Faedah Orang Tanggungan (FOT) iaitu RM27.90 sehari atau kira-kira RM837 sebulan yang akan diterimanya sepanjang hidup.

Kosmo! pada 16 Mei lalu melaporkan Shabudin sempat mengucapkan Allah sebanyak dua kali sebelum tidak sedarkan diri ketika menunaikan solat asar di masjid tersebut pada hari pertama Aidilfitri, 13 Mei lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI