fbpx

Ambil masa 10 hari alih sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tze KUAN (kanan) dan seorang penduduk membantu membersihkan rumah yang dipenuhi sampah di Paya Terubong, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Kira-kira lima tan barangan terpakai termasuk 70 rangka basikal telah dibawa keluar dari bahagian ruang tamu kediaman milik seorang warga emas di aras 12, apartmen Bukit Saujana, Paya Terubong di sini semalam.

Tinjauan Kosmo! di kediaman lelaki berusia 71 tahun itu mendapati, masih ada 60 peratus timbunan barang yang mence­cah paras siling di bahagian ­ruang tamu, dapur, bilik air dan di tiga bilik tidur rumah berkenaan.

Pemindahan barang itu turut dibantu 10 penduduk.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama perumahan itu, Oi Tze Kuan berkata, pihaknya menjangkakan kerja-kerja pembersihan dan pengelasan barangan itu akan memakan masa selama 10 hari mulai 19 Jun lalu.

Menurutnya, kesemua barang tersebut akan dijual di kedai barangan lusuh sebaik dibenarkan beroperasi nanti dan hasil jualan akan diserahkan kepada pemilik kediaman.

“Setakat hari ketiga (kelmarin) sudah 40 peratus barangan terpakai termasuk sampah sarap telah dikeluarkan dari rumah itu dan masih banyak lagi barangan yang disumbat di dapur, bilik mandi dan tiga bilik tidur.

“Kami juga bercadang untuk membersihkan semula kediaman ini termasuk mengubahsuai bahagian-bahagian yang rosak, mengecat semula ruang kediaman dan melangsaikan tunggakan bil,” katanya di sini semalam.

Timbunan sampah di dalam sebuah berkenaan sebelum ini.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, pihak pengurusan dan penduduk bergotong-royong membersihkan rumah seorang warga emas yang dijadikan tempat penyimpanan barang terpakai sejak lebih 10 tahun lalu.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/06/18/terperangkap-dalam-timbunan-sampah-dikumpul-dalam-flat/

Menurut Tze Kuan, pemilik kediaman itu juga sudah dimaklumkan tentang kerja-kerja pembersihan tersebut dan datang sendiri melihat keadaan rumah­nya dengan berkerusi roda petang kelmarin.

“Dia akur dengan arahan pihak bomba yang memintanya mengeluarkan barangan dari dalam rumahnya,” ujar Tze Kuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI