fbpx

34 robot bagi setiap 10,000 pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan teknologi robot dalam sektor pembuatan di Malaysia masih rendah berbanding di negara maju seperti Korea dan Singapura.

PETALING JAYA – Industri pembuatan di Malaysia dianggarkan hanya memiliki 34 buah robot bagi setiap 10,000 pekerja, menurut peneraju teknologi robotik kolaboratif yang berpangkalan di Denmark, Universal Robots.

Kadar tersebut lebih rendah berbanding purata di rantau ini dan jauh ketinggalan berban­ding Korea Selatan dan Singapura, masing-masing memiliki 631 dan 488 robot untuk setiap 10,000 pekerja.

Pengarah Rantau Asia Pasifik Universal Robots, James McKew berkata, industri pembuatan domestik mampu menerima manfaat tinggi daripada teknologi robotik yang boleh bekerja sepanjang masa dan menghasilkan kerja konsisten dalam kea­daan sukar untuk tugasan berulang.

Menurut beliau, teknologi robotik mampu mempercepatkan tempoh pulangan pelaburan se­awal 12 bulan hasil peningkatan produktiviti, kualiti, dan konsis­tensi.

“Firma penyelidikan pasaran, Moody’s Analytics meramalkan prestasi sektor pembuatan Malaysia akan meningkat dalam beberapa bulan akan datang apabila sektor ini mula berkembang dua bulan berturut-turut sejak Disember tahun lalu.

“Ini disebabkan permintaan luaran elektronik yang tinggi berikutan kekurangan bekalan semikonduktor global dan peningkatan permintaan untuk sarung tangan getah bagi perubatan dan kenaikan harga minyak,” katanya.

Sektor pembuatan men­yumbang sebanyak 23.6 peratus daripada pengeluaran domestik kasar Malaysia, kedua selepas sektor perkhidmatan (57.8 peratus) pada suku keempat 2020.

Selain itu, McKew menjelaskan, Universal Robots berharap dapat membantu industri di Malaysia mancapai produktiviti yang lebih tinggi dan mengekalkan penggunaan yang efektif dalam fasiliti pengeluaran.

“Sejak istilah Robot Kolaboratif dicipta, kami telah menjadi peneraju dalam industri robotik.

“Kami telah mencipta robot dengan harga berpatutan, ringan dan fleksibel agar dapat memberi pulangan pelaburan segera untuk industri pembuatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI