fbpx

28 bas, van pekerja dikompaun RM244,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmil (tengah) melihat kompaun yang dikeluarkan anggotanya kepada salah seorang pengusaha syarikat bas kilang di JPJ Cawangan Muar, Johor, malam semalam. - Foto: NUR ALINA HASSAN.

MUAR- Sejumlah RM244,000 nilai kompaun dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 terhadap bas dan van pekerja kilang sejak kelmarin.

Pengarah JPJ negeri, Azmil Zainal Adnan berkata, nilai kompaun membabitkan 30 notis yang dikeluarkan hasil daripada operasi di Johor Bahru dan Tangkak.

“Dalam keseluruhan operasi yang dijalankan pada kelmarin dan semalam, sejumlah 28 kenderaan membabitkan bas dan van pekerja kilang diperiksa.

“Daripada jumlah itu, 30 kesalahan dikesan antaranya membawa muatan melebihi had 50 peratus.

“Selain itu, kesalahan seperti gagal menyediakan hand-sanitizer dan kod pengimbas MySejahtera juga mengakibatkan kenderaan ini dikompaun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat JPJ Cawangan Muar selepas operasi Penguatkuasaan SOP Covid-19 bagi Pengangkutan Awam dan Bas Pekerja Kilang di Tanjung Agas, Tangkak malam semalam.

Operasi disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor serta Jabatan Kesihatan Negeri.

Menurut Azmil, operasi ini penting bagi memastikan pematuhan dalam kalangan pengusaha bas dan van kilang memandangkan suasana pandemik yang semakin membimbangkan ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI