fbpx

Tidak semua 500 ambulans dilengkapi ciri ambulans tekanan negatif 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shafiq

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan tidak semua 500 buah ambulans yang dibuka tender sebelum ini dilengkapi dengan ciri ‘ambulans tekanan negatif’.

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah berkata, dakwaan kononnnya KKM akan membuat pembelian bagi 500 unit kenderaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan ia sudah disalah tafsir.

Beliau berkata, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba pada sidang akhbar sebelum ini tidak menyatakan jumlah pembelian bagi unit kenderaan itu.

Menurutnya, Menteri Kesihatan hanya menyatakan dalam sidang akhbar bahawa ‘kita akan mulakan tender 500 ambulans ini dan bagi ambulans lain kita akan gunakan sistem ‘leasing’ mengikut zon agar isu logistik pesakit Covid-19 di mana-mana jua dapat diatasi’.

“Dalam kenyataan tersebut tidak disebut kesemua 500 ambulans itu bercirikan ‘ambulans tekanan negatif’ sebagaimana yang disalah faham dan dilapor oleh pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Shafiq berkata, KKM melihat keperluan ciri-ciri ambulans tekanan negatif untuk melawan pandemik Covid-19 pada masa ini dan di masa hadapan.

Menurutnya, ambulans itu mempunyai sistem tekanan negatif, penapisan udara zarah kecekapan tinggi (HEPA dan lampu sinaran ultra ungu (UV) khusus) untuk kes penyakit berjangkit terutamanya jenis penyakit bawaan udara.

Pada 17 Jun lalu, KKM telah mengiklankan tawaran tender untuk perolehan 490 jenis ambulans bersama kelengkapan peralatan perubatan bagi kegunaan hospital dan klinik di seluruh negara.

Sebelum ini, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal kepentingan pembelian unit kenderaan itu terutama dalam pelaksanaan darurat ketika ini.

Menurutnya, pembelian 500 ‘ambulans tekanan negatif’ itu menelan kos yang tinggi mencecah RM300 juta dan adalah menjadi keutamaan sekarang adalah memikirkan cara menurunkan angka kematian akibat Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI