fbpx

The Bos Gaurus lengkapkan kuota pemain import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEE FATT mendedahkan Perak sudah melengkapkan kuota lima pemain import dan mendapatkan empat pemain tempatan bagi mengharungi baki kempen Liga Super musim ini.

Oleh AZIZAH HASHIM

PASUKAN Perak FC boleh menarik nafas lega apabila mengesahkan kesemua empat pemain import baharu yang akan memperkasakan pasukan dalam baki kempen Liga Super musim ini sudah tiba di Malaysia.

Ketua jurulatih skuad The Bos Gaurus, Chong Yee Fatt berkata, semua pemain terbabit sedang menjalani kuarantin di ibu negara sebelum dibenarkan menyer­tai pasukan untuk kem latihan pusat dalam masa terdekat.

“Kesemua pemain import baharu pasukan sudah tiba di ibu negara dan sedang menjalani proses kuarantin. Saya jangka mereka akan menyertai Perak minggu ini,” katanya kepada ­Kos­mo! semalam.

Sebagai rekod, empat pemain import baharu pasukan Perak adalah Jad Noureddine dan Samir Ayass dari Lebanon, Zubairou Garba (Cameroon) dan Ghislain Guessan (Perancis).

Keempat-empat pemain itu telah menandatangani kontrak bersama pasukan, sekali gus melengkapkan kuota import selepas pihak pengurusan terlebih dahulu menandatangani pemain kelahiran England, Charlie Machell.

Lima pemain itu akan bergabung tenaga dengan empat pemain import yang dikekalkan iaitu Nana Poku, Leandro Dos Santos dan Careca serta pemain Argentina yang dipinjamkan dari kelab Sri Pahang, Sergio Aguero.

Kata Yee Fatt lagi, kesemua pemain terbabit akan diturunkan tidak semestinya bersama skuad utama The Bos Gaurus, sebalik­nya mungkin akan bertugas de­ngan pasukan feeder, Perak II bimbingan Shamsul Saad.

“Mereka akan diturunkan me­ngikut keperluan pasukan dan kita akan pantau prestasi mereka pada sesi latihan nanti,” kata Yee Fatt.

Selain lima import itu, Perak FC juga berjaya mendapatkan empat pemain muda tempatan untuk mengisi kekosongan selepas kehilangan enam tonggak.

Antara pemain tempatan yang menyertai pasukan The Bos Gaurus ialah bekas ketua pasukan skuad B-19 negara, Azhar Apandi, S. Pavithran, Aizat Maidin Koty dan pemain Manjung City FC, Syamim Baharuddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI