fbpx

Terharu anak OKU terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin bertanyakan khabar kepada Baviani sambil diperhatikan Periasamy (kiri) ketika berada di Dewan Serbaguna Pagoh, Muar, hari ini.

MUAR – Seorang bapa melahirkan rasa gembira apabila anak sulungnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) akhirnya menerima vaksin pertama hari ini.

M. Periasamy, 55 berkata, anaknya P. Bavani yang berusia 23 tahun itu tidak mampu menguruskan diri sendiri akibat kecacatan otak dialami sejak lahir.

Katanya lagi, semua perkara perlu diuruskan mereka sekeluarga ekoran gadis itu tidak mampu bertutur.

“Saya sakit tak mengapa, jangan biar dia sakit, saya akui sentiasa bimbang memikirkan tahap kesihatan dia sebab kita tak akan tahu sakit pening yang dialami.

“Kami sukar memahami kehendaknya kerana dia tidak berdaya untuk bercakap mahupun bergerak.

“Jika dia nak luahkan sesuatu dia hanya merengek atau kadang-kala hentakkan kepala ke dinding,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Pagoh di sini hari ini.

Ujar Periasamy, dia berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberikan keutamaan kepada golongan OKU untuk menerima vaksin.

“Sebaik selesai dua dos vaksin anak saya selepas ini, saya akan berasa sedikit lega kerana sekurang-kurangnya peratusan dia untuk dijangkiti Covid-19 lebih rendah.

“Saya maklumkan juga pada isteri sekiranya kami dijangkiti memandangkan masih belum mendapat tarikh temujanji, tak mengapalah. Yang penting Baviani sihat dan terhindar dari jangkitan kerana keadaan kesihatannya lebih penting bagi kami,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pagoh bagi meninjau fasiliti dan kelancaran program berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu hadir dengan ditemani isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman bagi meluangkan masa selama kira-kira 45 minit di PPV berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI